Bat de Great Blog

Just another my online diary…(“,)

Tupai tengah high..

with 3 comments

tupai

Written by huzairy

June 17, 2006 at 8:33 am

Posted in Jenaka

Bila la aku nak berenti merokok?

with 2 comments

rokok

Written by huzairy

June 17, 2006 at 8:30 am

www.infomalaya.com – New Web on the block!!

with 2 comments

Nantikan kemunculannya….hahahahaha…penat tapi berbaloi…aku ngah cari orang nak bagi jadi web team aku..kalau berminat emel aku kat huzairy@gmail.com..

www.infomalaya.com 

Written by huzairy

June 1, 2006 at 5:34 pm

Review – Hack~a~Day.Com

leave a comment »

Website yang penuh dengan pelbagai hack yang power..Er jangan salah faham,hack kat sini bukan bermaksud menggodam atau pun hacking yang selalu orang fikir..tapi lebih kepada modifikasi elektronik..masuk bab-bab engineering…kalau berminat klik sini! 

Written by huzairy

May 31, 2006 at 4:29 pm

Posted in Hack, Review

Cerita budak tadika

with 3 comments

Bila besar nanti…

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri
kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta
mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu
tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah.
Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi
bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan
sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri
dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar
nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai
anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita
yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila
besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni
mencapai cita-citanya…".

Written by huzairy

May 29, 2006 at 9:26 pm

Posted in Jenaka

Hikmah Angka dalam Islam

with 5 comments

ANGKA 1:
Istiqamah itu satu jalan .awalnya
kemulian,pertengahannya keselamatan, dan akhirnya
adalah syurga yang menanti.

ANGKA 2:
Dua titisan yang sangat bernilai di hari
akhirat .dapat memadamkan kepanasan api di
padang mahsyar :
1)Air mata orang yang menangis {bertaubat
kepada Allah}terutama d malam hari.
2)Darah para syuhada dimedan jihad fisabilillah.

ANGKA 3:
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan
kebahagian hidup Rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum{wangi}
2)Isteri yang solehah
3)Cahaya mataku didalam sembahyang.

ANGKA 4:
Berkata Syaidina Ali karamullahu
wajhah:Barangsiapa yang d berikan kepadanya
empat perkara sesungguhnya dia telah d beri
kebaikan dunia dan akhirat:
1)Sifat warak yang memeliharanya daripada apa
yang d haramkan oleh Allah.
2)Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak
yang penyantun.
3)Malu yang meneghnya dari kejahilan org2 jahil.
4)Juga isteri solehah yang membantunya dalam
urusan dunia dan akhirat.

ANGKA 5:
Berkata seorang soleh:Ubat bagi hati itu ada pada
lima perkara:
1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}
2)Kosong perut.
3)Melakukan qiamullail.
4)Memohon ampun d waktu sahur.
5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}

ANGKA 6:
Enam cara2 menghindarkan dari iblis:
1)Bertaqwa kepada allah d mana sahaja.
2)Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3)Selalu berzikir dan berwirid.
4)Memperbaharui taubat.
5)Memperbnyakkan istighfar
6)Selalu meningkatkan dan memperkemaskan
ibadah d samping asasnya ilmu yang bermanafaat.

ANGKA 7:
Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
1)Qasim
2)Abdullah
3)Ibrahim
4)Zainab
5)Ruqaiyah
6)Fatimah
7)Umi kalsum

ANGKA 8:
Senjata2 perempuan yang boleh mendatangkan
fitnah besar kepada islam dan umatnya:
1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)kata-kata yang manis
8)Mempertakuti bahawa ia akan lari.

ANGKA 9:
Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan d
kuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikiut:
1)Sombong atau ego
2)Ujub dan riak
3)Hasad dengki
4)susah untuk menerima kbnaran dari orang lain
5)Ingin berlawan terutama sesama ulama
6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan
dunia,pangkat, dan wang ringgit
7)Pemarah
8)Ingin dihormati {gila puji}
9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.

ANGKA 10:
Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak
busuk dan tidak reput d dalam kubur dan mereka
akan bangun ke padang mahsyar dgan tubuh yang
asal dari kubur:
1)Para nabi dan rasul
2)Para ahli jihad{mujahid}
3)Para ahli ulama
4)Para syuhada
5)Huffazul quran
6)Imam atau pemimpin yang adil
7)Muazzin
8)Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9)Orang yang mati d bunuh atau dianiaya
10)Orang yang mati pada siang atau d malam
jumaat….

WASSALAM…..

"MUSLIM yang BAIK {SEJATI} ITU IALAH MUSLIM
yang DAPAT MENYUSUN JIWA{rasa HATI} ,
MENYUSUN FIKIRAN DAN MENYUSUN
FIZIKALNYA"
Syeikhul Arqam………..

Written by huzairy

May 29, 2006 at 9:18 pm

Posted in Renungan

Semester 1 B.ed dah tamat…

with 3 comments

Alhamdulillah…habis pun sem 1,syukur sangat sebab sem ni banyak peningkatan dari segi kehadiran,kualiti assignment,bersukan,lawatan,kawan-kawan baru,pakai enset baru (tapi murah,jadi la janji boleh pakai),dapat sorang budak nakal(tapi baguih…nasib tak baik la berkawan ngan aku yang lagi nakal nih,hehehe..),ekonomi semakin stabil,kemahiran sosial dan banyak lagi sampai aku tak larat nak tulis..hehe..Yang kureng skit sem ni ialah erm…malas la nak cakap..segan..hehehe..Kesimpulannya semester ni cukup baik..Harap-harap semester depan dapat maintain ngan ada peningkatan lagi,dan kalau boleh dapat awek sorang pun kira OK la,huahuahua…merapu ja..InsyaAllah…Tata.. 

Written by huzairy

May 29, 2006 at 9:13 pm

Capella – Last Day

with 3 comments

capella

Masa ni kami buat persembahan kumpulan,kat sebelah aku ialah azny si budak kecik,hehehe..Seronok betul hari terakhir,tapi sedih juga sebab kena tinggalkan kawan-kawan..baru kenallah katakan..hehe..tapi itulah yang dinamakan pertemuan akan diikuti perpisahan…huhuhu..Hidup Capella 116!!! :-)  

Written by huzairy

May 29, 2006 at 7:11 pm

Jasamu dikenang..TATA

with 2 comments

tata

Inilah dia bas MPT yang dah lama berkhidmat…Tapi jangan dipandang enteng pada keupayaan dan jasanya kepada student,hehehe..kami p terengganu selamba ja naik bas ni..cuma nak naik bukit ja slow skit,standard la tu kan?hehe..Lagipun bas ni Open-Air , jadi kami semua boleh la hisap rokok sambil melambai tangan kat awek yang ada kat tepi jalan..Selain tu kami pun boleh turun guna dua pintu..huhuhu…

Written by huzairy

May 29, 2006 at 6:58 pm

Web Review : Cubalah Meebo.com

with one comment

Bagi sesiapa yang nak berchatting tapi boleh sebab kat pc tu tak dipasang ngan softwarenya , tak pun admin tempat anda kerja x bagi main time keja..try la masuk website nih.. http://www.meebo.com

Written by huzairy

February 19, 2006 at 5:35 am

Posted in Review